“When The Devil Calls Your Name” drama fantasi perjanjian ‘devil’ dan manusia ini bakal bersiaran di tvN Asia

tvN Asia dengan bangganya mengumumkan siaran drama terbaru ekspress 24 jam iaitu tvN “When The Devil Calls Your Name” yang dibintangi oleh Jung Kyung Ho, Park Sung Woong dan Lee Seol. Drama yang akan mengisi slot Khamis dan Jumaat ini akan menyiarkan tayangan perdananya mulai 1 Ogos 2019 pada jam 21:45 (GMT+8) di Singapore dan Malaysia, serta pada jam 20:45 (GMT+7) di Indonesia.

“When The Devil Calls Your Name” diilhamkan dari karya seorang penulis Jerman, Johann Wolfgang von Goethe, berjudul Faust. Drama  yang bertemakan fantasi ini mengisahkan Ha-rib (Jung Kyung-ho), seorang penulis lagu yang mengejar wang ringgit dan kemasyhuran, sehingga sanggup menjual jiwanya kepada iblis sebagai pertukaran untuk memiliki masa muda dan kejayaan selama 10 tahun.

Walau bagaimanapun, ketika perjanjian itu hampir berakhir, Ha-rib mahu melanjutkan tempoh perjanjian. Ini menyebabkan beliau perlu mencari mencari tiga orang yang ingin menjual jiwa mereka dengan iblis. Akhirnya, Ha-rib mengetahui kebenaran yang begitu pahit, di mana sebenarnya kejayaan serta kemasyuran yang diperolehinya adalah hasil daripada mencuri bakat dan kehidupan seorang gadis muda, iaitu Lee-kyung (Lee Seol).

Bermula saat itu, Ha Rib pun berjuang untuk memulihkan hidupnya serta orang-orang disekelilingnya. Menerusi proses ini, pada akhirnya Ha-Rib menyedari erti kehidupan yang sebenar.

“Meskipun drama ini berunsurkan fantasi, tema yang diangkat ini dilihat sangat dekat dengan imaginasi dan keinginan manusia. Oleh itu, secara tidak langsung ia pasti dapat menyentuh hati para penontonnya,” kata Jung Kyung Ho yang memegang watak sebagai Ha Rib, dalam kenyataan rasminya.

Dalam kenyataan lain, Park Sung Woong, yang memegang watak Devil Ryu dalam drama ini, mengatakan, “Meskipun drama ini temanya agak berat, saya akan memberikan yang terbaik untuk mengilustrasikan idea-idea dengan cara yang lebih lucu dan santai.” kata Park Sung Woong.

Setiap orang mempunyai malaikat dan iblis dalam hati masing-masing. Mampukah Ha-rib memerangi kejahatan iblis, melawan sifat tamaknya  dan memulihkan kehidupannya seperti biasa? Jangan lupa untuk saksikan drama ini selanjutnya!

https://www.facebook.com/Ch.tvNAsia/videos/345575576365922/

“When The Devil Calls Your Name” akan bersiaran menerusi rangkaian ASTRO tvN Asia Ch 395 dan Unifi TV Ch 211, pada jam 9.45 malam mulai 1 Ogos ini (Khamis). Drama ini akan didatangkan dalam tiga sari kata iaitu Bahasa Inggeris, Bahasa Cina, Bahasa Malaysia dan Bahasa Indonesia.

loading...