Kembali terjalin, NU’EST kini bersedia buat peminat saling merindu. Tiket mula dijual 23 Jun ini!

Akhirnya kumpulan NU’EST akan kembali ke Malaysia untuk konsert mereka 2019 NU’EST CONCERT <Segno> IN KUALA LUMPUR yang dijadualkan pada  7 September (Sabtu) , bertempat di Malawati Indoor Stadium, mulai jam 6 petang. Sejurus pengumuman mengenai perkara ini dibuat, para peminat kumpulan NU’EST atau dikenali sebagai L.O.Λ.E begitu teruja untuk bersama-sama menyertai konsert tersebut. Pihak penganjur, yakni iMe MY, telah keluarkan kenyataan bahawa penjualan tiket secara online akan bermula pada 23 Jun ini (Ahad). 

NU’EST popular Korea Selatan ini, mula debut pada 2012 dengan dianggotai oleh JR, ARON, BAEKHO, MINHYUN dan REN. Setelah empat daripada mereka menyertai rancangan realiti Produce 101 Musim 2, populariti mereka semakin meningkat dan dikenali ramai. Tambahan pula apabila MINHYUN berjaya melayakkan diri ke peringkat akhir dan terpilih untuk mengikuti program promosi sebagai salah seorang ahli kumpulan Wanna One bersama Sepuluh lagi finalis untuk tempoh setahun setengah. Pada awal tahun 2019, NU’EST kembali promosi sebagai satu kumpulan penuh setelah MINHYUN tamat sesi promosi bersama Wanna One. Mereka baru sahaja tamat mengadakan 2019 NU’EST CONCERT <SEGNO> IN SEOUL. Penjualan tiketnya sangat memberangsangkan apabila tiket habis dijual dalam masa yang sangat singkat. Ini membuktikan populariti mereka bukan ‘beshe-beshe’ (biasa-biasa). 

Tiket-tiket untuk 2019 NU’EST CONCERT <Segno> IN KUALA LUMPUR boleh didapati pada harga RM618 (VIP/ Free Standing/ Seated), RM568 (Segno Zone/ Free Standing), RM468 (CAT 1), RM368 (CAT 2) dan RM268 (CAT 3). Tiket akan dijual secara atas talian menerusi www.ticketcharge.com.my pada 23 Jun (Ahad) bermula jam 12 tengah hari. Setiap pembeli layak untuk membeli sehingga 4 tiket untuk setiap transaksi.

Jadi, kepada peminat kumpulan NU’EST, sila dapatkan tiket korang secepat mungkin sebelum kehabisan. DAN sila dapatkan tiket anda secara sah.

2019 NU’EST CONCERT <Segno> IN KUALA LUMPUR
DATE : 7th September 2019 (Saturday)
TIME : 6.00PM
VENUE : MALAWATI INDOOR STADIUM, SHAH ALAM

Ticket On Sale
DATE: 23rd June 2019 (Sunday)
TIME : 12PM
TICKET PRICE : RM618 / RM568 / RM468 / RM368 / RM268
TICKETING : WWW.TICKETCHARGE.COM.MY
HOTLINE : +603 9222 8811
PROCESSING FEE : RM4.00 (per tickets)
TICKETS PURCHASE : 4 TICKETS (per person)

Untuk maklumat lanjut, boleh follow iMe MY di akaun media sosial mereka menerusi FB iMe MY dan IG iMe MY.

loading...