Yoon Shi Yoon, Jung In Sun dan Park Sung Hoon setuju sertai bintangi tvN “Psychopath Diary”

Terkini : Yoon Shi Yoon, Jung In Sun dan Park Sung Hoon telah mengesahkan penglibatan masing-masing untuk membintangi drama terbaru tvN “Psychopath Diary”.

“Psychopath Diary” mengisahkan seorang lelaki bernama Yook Dong Shik, yang secara kebetulan menyaksikan satu pembunuhan dan kehilangan ingatan selepas terlibat dalam kemalangan semasa melarikan diri dari tempat kejadian. Dia kembali bangun tanpa mengetahui identitinya yang sebenar dan salah anggap tentang dirinya sendiri sebagai pembunuh saat mendapati diari milik pembunuh sebenar berada ditangannya.

Yoon Shi Yoon memegang watak sebagai  Yook Dong Shik, yang bekerja di sebuah syarikat pasaran saham yang paling berpengaruhdi dunia.

Jung In Sun akan memainkan peranan sebagai Shim Bo Kyung, seorang pegawai peronda yang tinggal bersendirian. Dia yang mengikut jejak ayahnya menjadi seorang detektif yang dihormati akhirnya berjaya bergelar seorang anggota polis. Namun, setelah melihat ayahnya hilang segala-galanya hanya dengan satu kesilapan, Shim Bo Kyung melupakan impiannya. Secara kebetulan, Shim Bo Kyung terikat dengan Yook Dong Shik apabila dia melanggarnya dengan kereta dan menyebabkan Yook Dong Shik hilang ingatan. kehilangan ingatannya. Shim Bo Kyung merancang untuk menangkap pembunuh bersiri sebenar menggunakan kebolehannya.

Seo In Woo, si pembunuh sebenar, akan dilakonkan oleh Park Sung Hoon. Seo In Woo digambarkan satu karakter yang kejam dan seorang yang begitu teliti apabila tiba-tiba beliau bergelar pengarah di syarikat sahan di mana Yook Dong Shik bekerja. Beliau juga adalah seorang psikopat yang sentiasa dahagakan untuk penguasaan terhadap orang lain dengan membunuh mereka, tetapi mendapati dirinya dalam bahaya apabila buku hariannya jatuh ke tangan Yook Dong Shik.

Wakil produksi  TVN “Psychopath Diary” sempat berkongsi, “Kami telah mengesahkan Yoon Shi Yoon, Jung In Sun, dan Park Sung Hoon sebagai teraju utama drama kami. Kami mengharapkan sinergi yang positif daripada pelakon-pelakon ini, kerana kesemua menunjukkan bakat lakonan yang penuh berkarisma serta mengkagumkan melalui drama-drama mereka yang terdahulu. Nantikan tayangan ‘Psychopath Diary,’ yang akan disiarkan pada akhir tahun ini. ”

Sumber : News1

Terdahulu : Yoon Shin Yoon dan Jung In Sun sedang mempertimbangkan lakonan bersama di dalam drama terbaru tvN Psycho Pass Diary.

Yoon Shin Yoon akan memegang watak pengurus kewangan sebuah syarikat pasaran saham bernama Dong Shik dan dikenali sebagai seorang yang tak berkeyakinan tinggi dan seringkali dibuli sehingga menyebabkan beliau dipulaukan rakan-rakan sekerjanya. Manakala, Jung In Sun pula akan membawa watak seorang detektif yang berbakat tetapi selalu diabaikan oleh senior-seniornya. Mereka akan dipertemukan untuk bersama-sama dalam menyelongkar misteri disebaik satu diari biografi dinamakan sebagai “Psycho Pass Diary”.

“Psycho Pass Diary” berkisarkan tentang seorang lelaki yang ditemui oleh Dong Shik seperti dalam keadaan membunuh diri di dalam kereta miliknya. Dia tak mengingati apa-apa tentang kejadian lalu melainkan pengakuan dibuat di dalam diari tersebut yang menceritakan dakwaan dirinya sebagai pembunuh bersiri dan bagaimana dia memperdayakan mangsa-mangsanya untuk memenuhi nafsu membunuhnya. Keadaan memaksa lelaki tersebut mengaku dia ialah penulis diari tersebut dan mengaku dirinya ialah seorang psikopath. Bagaimanapun, Dong Shik sukar untuk mempercayainya dan akhirnya terjebak untuk menyelongkar misteri di sebalik ‘pembunuhan’ bersiri yang didakwa dilakukan oleh penulis diari tersebut.

Setakat ini, watak pembunuh bersiri berikut belum ditawarkan kepada sesapa lagi. Sekiranya Yoon Shin Yoo dan Jung In Sun menyertai drama ini, ia merupakan projek susulan Yoon Shin Yoon yang kini sedang membintangi drama SBS Nokdu Flowers manakala drama pertama Jung In Sun selepas MBC Terius Behind Me.

tvN Psycho Pass Diary ditulis oleh Ryoo Yong Jae (“Netflix I Holo You”,”tvN Liar Game”) dan diarahkan oleh Lee Jong Jae (“tvN 100 Days My Prince”,”tvN Revolutionary Love”) ini bakal memulakan penggambaran pada Ogos untuk disiarkan pada bulan November tahun 2019.

Sumber: IS Plusstoo asiae

loading...