6 sebab kenapa mesti tonton drama tvN Arthadal Chronicles; magis keserasian antara Song Joong Ki & Kim Ji Won

Drama tvN Arthadal Chronicles akan memulakan tayangannya pada hari ini. Berikut disertakan sebab-sebab kenapa drama ini mesti ditonton buat peminat Kdrama.

1. Hasil tangan pengarah Kim Won Suk

Siapa tak kenal Kim Won Suk, pengarah yang hebat dalam menghasilkan drama-drama korea yang bermutu tinggi. Sebut saja tvN Signal, tvN Misaeng, KBS Sunkyunkwan Scandal dan tvN My Mister, pasti ramai yang sudah melayani drama-drama ini. Kedua-dua dramanya, tvN My Mister dan tvN Signal dinobatkan Best Drama di dalam Baeksang Art Awards manakala tvN Signal pula hampir menyapu bersih kesemua anugerah terbaik termasuklah Drama of The Year di dalam 5th CARI Kdrama Awards yang lalu.

‘Arthadal Chronicles’ merupakan arahan drama sageuk pertama beliau sejak KBS Sunkyunkwan Scandal, semestinya mempamerkan satu genre yang sangat berbeza berbanding drama-dramanya lain. Berbeda dengan tvN Signal yang bergenre jenayah thriller tentang elemen ‘time-travel’ yang dimanipulasikan, Misaeng yang bergenre ‘slice-of-life’ tentang kehidupan pejabat dan tvN My Mister yang bergenre ‘slice-of-life’ tentang kesusahan hidup sekeluarga,  tvN Arthadal Chronicles pula memfokuskan pada perbalahan antara puak-puak di zaman dinasti Goguryeo dalam menguasai tampuk pemerintahan di rantau Korea.

2. Cetusan yang mungkin lebih epik dan bukan biasa-biasa

Walaupun berhadapan dengan masalah melibatkan krew produksi sebelum ini, Studio Dragon dan pengarah Kim Won Suk telah menetapkan tiga drama bersiri untuk tvN Arthadal Chronicles dengan lapan episod setiap satunya. Belanja produksi pula dianggarkan menelan sebanyak 400 billion won (RM1.45 billion).

RM1.45 billion itu satu nilai sangat besar memandang pihak produksi jarang melaburkan duit begitu banyak untuk drama-drama saeguk. Sudah semestinya, bajet tersebut boleh digunakan untuk kepelbagaian prop, tenaga kerja, penghasilan sinematografi bermutu tinggi, upah pelakon, dan kerja-kerja di belakang tabir selain modal pelaburan awal di peringkat antarabangsa.

3. ‘Comeback’ semula Song Joong Ki di dalam industri drama korea sejak KBS Descendants of The Sun

Mengenangkan Song Joong Ki sangat cerewet lagi-lagi baru saja mendirikan rumah tangga dengan pasangannya di dalam drama KBS Descendants of The Sun pada tahun 2016, maka tak mustahil untuk melihat beliau sangat berhati-hati memilih projek drama seterusnya bagi menerusikan legasi populariti beliau di persada drama korea. Beliau sudah pun mengesahkan untuk membintangi drama ini sebelum Kim Won Suk mengarahkan tvN My Mister lagi.

Song Joong-ki akan memenang watak Eunseom, seorang yang gigih berlawan untuk melindungi puaknya sendiri. Dia mungkin kelihatan baik, tetapi tidak teragak-agak bertukar menjadi agresif ketika beliau cuba untuk melindungi sukunya dari musuh asing. Penampilannya di dalam drama ini mungkin tampak agak gasar, amat kontradiks dengan wajah jambu yang dimilikinya. Mungkin penonton sudah boleh bayangkan bagaimana Song Joong Ki boleh jadi begitu liar macam beliau pernah lakonkan di dalam filem A Werewolf Boy dulu?

4. Lakonan Jang Dong Gun yang dijamin mengujakan dan penuh berkarisma

Siapa yang tak kenal dengan pelakon veteran yang penuh segak ini apabila beliau memutuskan untuk menampilkan gaya lakonan yang jarang diketengahkannya di dalam versi drama, sesuatu yang ditunggu-tunggu oleh peminatnya sekian lama.

Jang Dong-gun akan memainkan watak Tagon, anak pemimpin dari Suku Saenyeok. Walaupun sangat berkarisma dan berbakat, Tagon sangat berbahaya kerana dia sebenarnya ingin menjadi raja pertama di Asadal dengan apa cara sekalipun. Jang Dong Gun pastinya akan menggayakan lakonan yang begitu bengis dan rakus demi merebut kuasa tertinggi dan diseterusnya ditabalkan sebagai ‘maharaja’ buat masyarakat Goguryeo pada masa itu.

Buat pengetahuan anda, Jang Dong Gun dan Song Joong Ki berjaya bangkit semula di dalam industri drama korea setelah membintangi drama nukilan penulis skrip, Kim Eun Sook masing-masing SBS A Gentleman’s Dignity dan KBS Descendants of The Sun. Gandingan mereka di dalam drama ini baik sebagai pesaing mahupun teman sejati, sudah semestinya ditunggu-tunggu oleh peminat.

5. Gandingan Song Joong Ki dan Kim Ji Won semula sejak membintangi bersama-sama di dalam KBS Descendants of The Sun

Buat julung-julung kalinya, Song Joong Ki bukan lagi menjadikan Kim Ji Won sebagai teman sekerjanya sebelum ini, tapi sebagai mungkin sebagai surihatinya pula di kala kedua-duanya mempunyai idealisme yang sama. Di samping menghayati kisah peperangan antara puak-puak dalam merebut kuasa, disebaliknya pula sudah pasti penonton mengharapkan sesuatu yang romantis antara pasangan ini, cinta uda dan dara misalnya.

 

6. Persaingan kedua-dua ratu dalam merebut kekuasaan tertinggi di antara puak-puak yang bersaing ( Kim Ok Bin vs Kim Ji Won )

Jika Song Joong Ki bersaing dengan Jang Dong Gun untuk menabalkan diri mereka paling berkuasa antara mereka, begitu juga berlaku pada Kim Ok Bin dan Kim Ji Won. Kim Ji-won dan Kim Ok-bin masing-masing membawakan watak sebagai Tanya dan Taealha. Tanya adalah tunjang utama puak Wahan yang menyedari takdirnya untuk menjadi seorang pemimpin dan melindungi dirinya sendiri. Manakala Taealha digambarkan sebagai wanita paling cantik di Arthdal dan seseorang yang mempunyai keinginan kuat untuk berkuasa. Elemen ‘feminisme’ yang berterusan dimuatkan di dalamnya, pasti akan melonjakkan minat untuk terus menyaksikan drama ini.

tvN Arthadal Chronicles akan bersiaran menerusi capaian Netflix bermula pada hari ini, 1 Jun setiap Sabtu dan Ahad pada jam 21.00 KST. Penonton di Asia boleh menonton drama ini selepas satu jam tayangannya di Korea.

loading...