Kim Sun Ah, Kim Jae Young & Park Hee Von setuju bintangi drama SBS Secret Boutique

Dari kiri : Kim Sun Ah, Kim Jae Young & Park Hee Von

Ketiga-tiga pelakon Kim Sun Ah, Kim Jae Young dan Park Hee Von telah mengesahkan akan membintangi drama terbaru terbitan SBS bertajuk, ‘Secret Boutique’. Turut sama dilaporkan akan menyertai barisan pelakon ialah pelakon baru, Go Min Si dan pelakon veteran Jang Min Hee bagi menggantikan Lee Mi Sook yang telah digugurkan kerana dikaitkan dengan kematian Jang Ja Yeon sebelum ini.

Dari kiri : Jang Min Hee & Go Min Si

Tak banyak maklumat dapat diperolehi mengenai drama ini tetapi SBS Secret Boutique akan mengeksplorasikan isu feminisme bagaimana seseorang wanita berjaya mengemudi syarikat pembinaan bergelut pula dengan pesaing di dalam kategori sama sewaktu pembukaan bandar baharu. Pelakon veteran Jang Min Hee difahamkan akan ditawarkan watak Kim Yeon Ok yang berazam untuk menjadi CEO syarikat Deo Foundation akan bergaduh dengan syarikat kelolaan Jenny Zhang (Kim Sun Ah) disebabkan insiden melibatkan ibu kepada watak lakonan Go Min Si. Park Hee Von akan membawa watak anak sulung wanita kepada Kim Yeon Ok, Wu Ye Nam tapi mengagumi Jenny Zhang apabila menyedari wanita itu pernah hidup susah sebelum ini.

Kim Sun Ah yang memenangi daesang dalam SBS Drama Awards 2018 lepas di atas persembahan lakonan meyakinkan di dalam SBS Shall We Kiss First dijangka akan bergandingan bahu dengan Jang Min Hee, yang sekian lama dahulu pernah memberikan lakonan hebat di dalam filem seperti Death Song (diadaptasikan semula di dalam SBS The Hymn of Death) sehingga meraih anugerah Best Actress Grandbell dan Blue Dragon serta lakonan penuh mengujakan di dalam KBS Marry Me Now pada tahun lepas.

SBS Secret Boutique bakal ditulis oleh Hyun Sun Hee dan diarahkan oleh Park Hyung Ki (“SBS Scent of Women”) dijadualkan tayangannya menjelang Julai nanti.

Sumber: OSENmydaily , chosun ilbo

loading...