Adakah Nam Joo Hyuk bakal bintangi drama terbaru Netflix sebagai cikgu disamping Jung Yu Mi?

Nampaknya Nam Joo Hyuk mungkin akan kembali ke skrin kecil dengan projeknya yanh terbaru. Untuk makluman, Nam Joo Hyuk dikhabarkan baru sahaja selesai menjalani penggambaran drama “Dazzling in your eyes” yang kini masih lagi bersiaran dirangkaian JTBC. Adakah kali ini Nam Joo Hyuk akan dipasangkan dengan Jung Yu Mi?

Pada 6 Mac, sumber berita Ilgan Sports melaporkan bahawa Nam Joo Hyuk telah ditawarkan watak pelakon utama drama Korea keluaran Netflix yang terbaru iaitu “School Nurse Ahn Eun Young”. Bagaimanapun judul drama ini adalah berdasarkan sumber dari wakil industri. Agensi beliau, YG Entertainment juga mengesahkan perkara ini dan masih dalam proses meneliti skrip.

Drama ini adalah berdasarkan novel yang telah memenangi anugerah karya Jung Se Rang “School Nurse Ahn Eun Young”. Ianya bertemakan fantasi, mengisahkan seorang jururawat sekolah atau cikgu kesihatan yang ceria dan penakut namun beliau mempunyai keupayaan yang unik untuk mengusir roh. Beliau tidak memuja atau melakukan eksorsisme tetapi ditonjolkan secara comedic manner seperti menggunakan pisau plastik dan BB gun. Apabila beliau diterima kerja disebuah sekolah menengah, pelbagai misteri akan terbongkar.

Ia akan diarahkan oleh Lee Kyung Mi, yang pernah mengarahkan filem “The Truth Under” dan “Crush and Blush.” ​​Pelakon Jung Yu Mi bagaimanapun telah disahkan membawakan peranan utama sebagai Ahn Eun Young, seorang jururawat sekolah yang berpengetahuan tentang kuasa-kuasa jahat.

Sekiranya Nam Joo Hyuk menerima tawaran ini, beliau akan membawakan watak sebagai Hong In Pyo, seorang guru yang mempunyai kuasa pelindung yang kuat. Beliau adalah seorang tokoh berpengaruh yang mula bekerja di sekolah yang ditubuhkan oleh datuknya.

Drama “School Nurse Ahn Eun Young” akan mula menjalani pengambaran tidak lama lagi dan akan bersiaran hanya menerusi Netflix.

Nam Joo Hyuk juga akan mengisi sedikit masa lapangnya untuk menemui peminat di Malaysia sempena jelajah bertemu peminatnya. Pelakon tersebut akan berkunjung ke Kuala Lumpur pada 23 Mac ini di Plenary Hall, KLCC. Tiket-tiket masih boleh didapati menerusi ticket2u  atau di Shopee.

Sumber : sports.donga | Naver| sports.donga 

loading...