(G)I-DLE kembali mengegarkan industri kpop dengan “Senorita”

     (G)I-DLE kumpulan gadis dari Cube Entertainment kembali dengan lagu terbaru- “Senorita”. Menariknya lagu ini digubah oleh salah seorang ahli mereka iaitu Soyeon. Lagu ini dimuatkan di dalam EP terbaru mereka “I made” yang dilancarkan hari ini.

      Soyeon yang juga ketua pada (G)I-DLE menyatakan bahawa dia memang selalu membayangkan untuk menerbitkan lagunya sendiri sebelum ini.. Apabila mendengar lagu dia akan menumpukan perhatian kepada semua lagu dan bukan pada lagu tajuk utama sahaja. Maka dia telah memberikan perhatian yang lebih untuk kesemua lagu apabila dia berpeluang berbuat begitu untuk ” I made” .

          “Senorita” dipengaruhi oleh irama latin dengan iringan gitar dan jazz pop yang membuatkan anda terbayangkan tarian tango. Lagu “Latata” dan “Hann”  nyanyian mereka telah berjaya menarik perhatian para pendengar sebelum ini. EP ” I Made” juga menjadi simbolik (G)I-DLE apabila 4 lagu telah disumbangkan oleh Soyeon dan 1 lagu dari Minnie yang berjudul  “Blow Your Mind”.

Soyeon mempamerkan rasa bangganya apabila berjaya menerbit dan menulis lagu untuk album ini. Apabila ditanya mengenai pengaruh latin,Soyeon menyatakan dia selalu mendengar lagu-lagu di dalam carta Billboard lantas menjadi inspirasi untuk “Senorita”.

Soyeon menyatakan mereka juga selesa dengan imej wanita yang kuat dan yakin diri apabila ditanya mengenai konsep “Girl Crush ” yang dipamerkan. Dia turut memuji kepelbagaian dan kebolehan vokal ahli-ahli kumpulannya apabila mereka dapat menerima elemen muzik baru dan membentuk harmoni di dalam lagu yang diterbitkan.

Minnie yang  menggubah ” Blow your mind” juga menyatakan dia mendapat bimbingan Soyeon yang lebih berpengetahuan luas dalam muzik walaupun Soyeon lebih muda darinya. Yuqi pula berharap lagu “Senorita” akan berjaya mengungguli carta lagu apabila ditanya tentang visi mereka untuk EP kali ini.

(G)I-DLE telah pun debut bulan May tahun lalu dengan EP ” I am “. Mereka terus medapat no. 7 untuk carta dunia di Billboard dengan lagu Latata menjadi juara Itunes di 11 negara. Pada bulan Ogos, lagu Hann menjuarai carta muzik tempatan dan mendapat no.2  di carta digital  Billboard sejurus dilancarkan. Ini menjadikan mereka salah satu kumpulan wanita yang berjaya menembusi carta tersebut dengan lagu dan album “debut” mereka.  (G)I-DLE dianggotai oleh Soyeon, Miyeon,Minnie,Soojin,Yuqi dan Shuhua.

Saksikan muzik video “Senorita”. Lagu Senorita pada waktu 11pm KST telah pun mendapat no. 1 di carta  Bugs dan Naver.

Sumber : Korea Herald, 1theK

loading...