Hantar coffee truck kepada Lee Jong Suk sebagai tanda sokongan, ini mesej ‘sweet’ dari Jung Hae In & Yoon Kyun Sang

Persahabatan atau ‘bromance’ antara Jung Hae In, Yoon Kyun Sang dengan Lee Jong Suk bukanlah suatu yang baru lagi. Mereka mula rapat dan masih lagi berhubungan sejak membintangi drama bersama-sama. Mereka juga turut memberikan sokongan antara satu sama lain.

“Jagakan Lee Jong Suk” dan “Nikmati kopi pemberian abang dan bersemangatlah”

Pada 19 Februari, Jung Hae In dan Yoon Kyun Sang telah memberikan sokongan mereka dengan menghantar coffee trucks ke set pengambaran drama tvN “Romance Is a Bonus Book”, iaitu drama tebaru Lee Jong Suk.

 

Lee Jong Suk telah berkongsi gambar mengenai hadiah kecil berupa coffee truck kiriman Jung Hae In menerusi laman Instagramnya dan menulis, “Hae in!” .

Kedua pelakon ini mula rapat sejak membintangi drama SBS “While You Were Sleeping” pada tahun 2017 dan keduanya juga pernah mengikuti percutian bersama. Turut menyertai mereka berdua adalah Shin Jae Ha yang juga membintangi drama yang sama.

View this post on Instagram

해이니!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

A post shared by 이종석 (@jongsuk0206) on

Banner yang menghiasi truck tersebut tertulis, “Saya berikan sokongan saya kepada pelakon Lee Jong Suk dan “Romance is a Bonus Book”. Ikhlas dari Jung Hae In. Dan disebelahnya pula tertulis, “Selamat Maju Jaya kepada tenaga kerja dan para pelakon “Romance Is A Bonus Book”. Tolong jagakan Lee Jong Suk dengan baik. Ikhlas dari Jung Hae In. “

Dalam pada itu, Lee Jong Suk juga turut berkongsi gambar coffee truck dari Yoon Kyun Sang, yang pernah sama-sama membintangi drama SBS “Pinocchio.” Yoon Kyun Sang bertindak sebagai abang Lee Jong Suk dalam drama berkenaan. Beliau menambah,  “Wow! Kesayangan saya Yoon Kyun Sang Kyun Sang.”

View this post on Instagram

당잠사의찬미!!!!!!!!!!!!!!!!!!!❤️

A post shared by 이종석 (@jongsuk0206) on

Banner yang tertera pada truck tersebut menyatakan betapa sayangnya seorang abang kepada adiknya serta turut memberikan sokongan. Antara yang tertulis, “Abang akan uruskan soal menu pencuci mulut korang. Jangan risau pasal minuman. Minumlah sebanyak yang mungkin agar dapat menambah kembali tenaga dan kekuatan kamu,” dan “Jong Suk anakku, jom makan.”

Kedua pelakon ini pernah menunjukkan keakraban mereka menerusi rancangan tvN “Three Meals a Day: Seaside Ranch” ketika Lee Jong Suk muncul sebagai tetamu jemputan dalam rancangan sukaramai tersebut.

Jangan lupa untuk saksikan drama terbaru lakonan Lee Jong Suk, “Romance is a Bonus Book” bersiaran setiap Sabtu dan Ahad, jam 9.00 malam dirangkaian tvN. Semoga persahabatan mereka akan berkekalan dan saling menyokong anatara satu sama lain.

Sumber : Newsen

loading...