Taehyung BTS & Park Hyung Sik sambut ‘besday’ Park Seo Joon dengan mandi kolam bersama

‘Bromance’ pahlawan Hwarang ini tetap kekal utuh sehingga sekarang apabila mereka sama-sama turun padang menyambut seruan Park Seo Joon untuk mandi bersama di sebuah kolam air panas yang tak dinamakan. Mereka dikatakan datang sebagai meraikan harijadi Park Seo Joon pada 16 Disember lalu. Ketiga-tiga mereka merupakan pelakon drama KBS Hwarang ditayangkan dua tahun lepas.

Turut menyertai Taehyung BTS dan Park Hyung Sik ialah pelakon Choi Woo Sik yang dikenali oleh Park Seo Joon menerusi drama KBS Fight My Way. Hanya Taehyung sedikit malu mengenakan baju renang, manakala yang lain-lain tidak berbaju. Dalam kapsyen dalam instagram nya, Park Seo Joon melahirkan rasa penghargaan buat keluarga, kawan-kawan dan peminat yang sentiasa mendoakan kejayaannya dan berjanji akan bekerja dengan lebih baik di masa akan datang.

Keempat-empat mereka, sememangnya merupakan rakan selebriti terdekat Park Seo Joon dan Choi Woo Shik terutamanya, kerap dilihat bersama dalam beberapa program atau aktiviti masa lapang.

Sumber: instagram Park Seo Joon

loading...