Cha Eun Woo (ASTRO) – Pelakon Baru Korea paling trending di Yahoo Asia

Anugerah tahunan  ‘Yahoo Asia Buzz 2018’ telah berlangsung pada 12 Disember di Hong Kong bagi meraikan bintang-bintang yang paling popular mengikut analisis hasil carian enjin  ‘Yahoo’ sejak tahun lalu!

Cha Eun Woo dari kumpulan ASTRO adalah satu-satunya tetamu Korea yang dijemput. Semasa upacara tersebut, Cha Eun Woo telah dianugerahkan dengan anugerah ‘Pelakon Rookie Korea yang paling trending’ (Most Searched Rookie Actor)! Cha Eun Wo mula mendapat perhatian ramai apabila membintangi drama JTBC ‘My ID is Gangnam Beauty’ dengan membawakan watak utama untuk pertama kalinya.

Selepas menerima anugerahnya, Cha Eun Woo menyampaikan ucapan dalam bahasa Inggeris, “Saya sangat gembira bertemu peminat saya di Hong Kong. Saya akan melakukan yang terbaik sebagai penyanyi dan pelakon untuk membayar balik sokongan serta kasih sayang yang diberikan para peminat, jadi sila ikuti perkembangan saya. “

Tahniah, Cha Eun Woo! Tahun 2018 sememangnya bersinar buat beliau terutama dalam bidang lakonan. Semoga lebih bersinar dimasa depan.

Sumber : Allkpop

Foto dikreditkan seperti tertera (KStarHK) 

loading...