Jo Jung Suk & Yoon Shi Yoon disatukan dalam drama pra-kemerdekaan, SBS “Ugemchi”

Genre drama sebegini mula mendapat perhatian penonton setelah kejayaan tvN Mr. Sunshine tempoh hari. Pengarah PD yang terkenal dengan drama SBS Secret Door dan SBS Six Flying Dragons, Shin Kyung Soo mengumumkan projek terbarunya yang akan menggandingkan Jo Jung Suk dan Yoon Shin Yoon bersama dalam drama SBS terbaru diberi judul permulaan sebagai  “Ugeumchi”.

Jo Jung Suk dan Yoon Shin Yoon akan menjadi adik-beradik kandung berlainan ibu yang hidup semasa perang dinamakan sebagai , “Battle of Ugeumchi” sekitar tahun 1894 yang tercetus akibat pemberontakan oleh kumpulan rakyat kelas bawahan Dong Hak.

Jo Jung Suk yang pernah mendapat pencalonan Best Actor dan Best Supporting Actor CARI Kdrama Awards sebelum ini, akan membawakan watak Baek Yi Kang, yakni merupakan anak luar nikah kepada wanita yang dianggap sebagai hamba kepada keluarga ayahnya manakala Yoon Shi Yoon pula sebagai adik kandungnya, Baek Yi Hun yang dijadikan sebagai pewaris tunggal kerana dilahirkan rahim ibunya, isteri rasmi keluarga bangsawan tersebut.

Baek Yi Kang merupakan seorang yang agak misteri disebabkan perwatakannya yang dingin dengan mata yang tajam menikam, sehingga digelar ‘bomoh’ Jeolla-do Gobuja manakala Baek Yi Hun pula seorang agak lemah-lembut, memikili fizikal yang mengancam mata dan juga pandai bermadah hasil daripada belajar di Jepun. Kedua-duanya dijangka bertembung sewaktu pemberontakan Dong Hak ini disebabkan masing-masing memimpin kumpulan kelas bawahan dan bangsawan.

Dikarang oleh Jung Hyu Min (“KBS Jeon Do Jeon”,”KBS Assembly”) , drama ini bakal ditayangkan pada April tahun hadapan.

Sumber: IS Plus

loading...