16 lokasi makanan HALAL Korea yang boleh korang cuba sekitar KL & Selangor

Annyeong Yorobun,

Apa perancangan korang kalau hari cuti,  jalan-jalan cari makan atau duduk rumah saja? Kalau tekak Korea korang nak makan sesuatu, nah, kami bagi beberapa pilihan restaurant yang menyediakan hidangan Korea untuk korang nikmati. Jangan risau, semuanya halal dan ‘pork free’. Kalau korang tak berapa yakin, jom tengok SINI ataupun di Portal Halal

  1. Dubuyo

DubuYo, merupakan sebuah restoran halal yang telah disahkan oleh JAKIM ini menyediakan pelbagai menu masakan asli Korea yang pastinya dapat memenuhi citarasa penduduk tempatan yang menyukai makanan Korea dengan harga yang berpatutan.

Antara hidangan menarik yang korang boleh cuba adalah Soondubu Jigae, Honey Garlic Bulgogi, Pa-jeon, Spicy Toppoki, Set Bibimbap Chicken & Beef, Set Spicy Udon dan Set Bulgogi Garlic Beef. Apa yang best, sambil-sambil korang makan, korang akan dihiburkan dengan klip-klip video K-Pop. Barulah ada feel berada di Korea!

Kini, restoran DubuYo juga menyediakan penghantaran makanan dengan menggunakan khidmat penghantar makanan. Jadi, kalau korang ingin nikmati makanan di rumah, korang boleh pesan je menerusi aplikasi di telefon mudah alih korang tu. Tapi, ini semua tertakluk pada rangkuman perkhidmatan penghantar makanan tersebut. Mungkin ada sesetengah tidak meliputi kawasan korang.

Kalau nak order online dan self collect direstaurant pun boleh, cuma ada beberapa branch sahaja yang menyediakan khidmat ‘Click and Collect”. Boleh cek kat SINI

Kalau kini boleh dijejaki di Mid Valley Megamall, Sunway Putra Mall, Berjaya Times Square, Sunway Pyramid, Nu Sentral, Quill City Mall, IOI City Mall Putrajaya, The Mines, SOGO, Sunway Velocity Mall, IOI Mall Puchong, Seremban Prima, Aeon Bandar Dato Onn dan KK Times Square.

Untuk sebarang maklumat lanjut mengenai sebarang promosi dan sebagainya ada boleh melayari laman rasmi Web: DubuYo , IG DubuYo dan FB DubuYo.

2. Ko Hyang Korean Country Delights

credit FB Ko Hyang Korean Country Delights

Ko Hyang Korean Country Delights atau lebih dikenali Ko Hyang adalah satu lagi pilihan restoran yang menyediakan resipi tradisional hidangan Korea halal dan telah mula beroperasi sejak 2008. Pelbagai hidangan Korea disajikan untuk pelanggan dengan harga yang berpatutan. Seperti hidangan tradisi Korea, semua makanan disediakan tanpa menggunakan perasa MSG.

Ini adalah antara hidangan yang disediakan;

Psst, harga mungkin sedikit berbeza ya.

Ko Hyang mempunyai empat lokasi iaitu di Setia City Mall, Plaza Damas, One Utama Shopping Mall dan The Gardens Mid Valley City. Merka pun ada menyediakan penghantaran makanan dengan menggunakan GrabFood dan FoodPanda. Untuk sebarang maklumat lanjut mengenai sebarang promosi dan sebagainya ada boleh melayari laman rasmi Ko Hyang dan FB Ko Hyang.

3. Mr. Dakgalbi

Restoran ini menyediakan Korean Grilled Chicken & Teppan Fried Rice. Dakgalbi, adalah sejenis hidangan goreng popular Korea dengan sos Gochujang, telah diterima dengan baik oleh rakyat Malaysia. Dakgalbi adalah satu hidangan lengkap dengan ayam, yang telah diperap, kobis, kentang, serbuk cili dan kek beras.

Seandainya korang ingin mencuba Mr.Dakgalbi, boleh pergi antaranya ke Setiawalk Puchong, Citta Mall, Setapak PV128, Gurney Plaza Penang, Sunway Pyramid, Tropicana City Mall, Setia City Mall,  IOI City Mall, Toppen Shopping Centre Tebra (JB), Kuantan City Mall, Aeon Melaka, Sunway Big Box JB, Aman Central (Kedah), Aeon Bukit Tinggi Klang, KTCC Mall Terengganu, KB Mall Kelantan, Subang SS15 Courtyard dan MyTown Cheras. Untuk sebarang maklumat lanjut mengenai sebarang promosi dan sebagainya ada boleh melayari laman web Mr.Dakgalbi Setapak PV128 atau laman sosial Facebook serta Instagram cawangan Mr.Dakgalbi yang berkaitan.

4. Sopoong

Restoran makanan Korea Sopoong  dibuka di Malaysia pada tahun 2011. Malaysia. ‘Sopoong’ bermaksud ‘berkelah’ dalam bahasa Korea.

Mengikut kebudayaan Korea, setiap kali berkelah, kita akan berasa senang dan gembira. Selain menikmati hidangan yang enak, kita juga dapat menghabiskan masa berkumpul dengan rakan dan juga keluarga. Sopoong menyediakan makanan asli Korea seperti Bibimbap, Bulgogi dan sebagainya. Antara menu yang disediakan (korang boleh klik SINI untuk menu penuh yang lebih jelas)

Sopoong boleh ditemui di Berjaya Times Square, IOI City Mall (Putrajaya IOI resort city), The Starling Mall (Uptown Damansara, MyTOWN Shopping Centre dan Melawati Mall. Untuk sebarang maklumat lanjut mengenai sebarang promosi, menu yang disediakan dan sebagainya, boleh melayari IG mySopoong dan FB Sopoong

5. K Fry Urban Korean

K’Fry (slang untuk Korean Fried Chicken) mencipta semula makan Korea dengan sentuhan yang lebih moden dan sihat. menu paling famous adalah KFry Chicken Bumbuk! iaitu ayam goreng dengan pelbagai perisa yang dimakan bersama cheese! Ini antara menu yang disediakan dan untuk menuh penuh, Korang boleh view di SINI.

K Fry Urban Korean boleh ditemui di 1 Utama Shopping Center, iOi CiTY Mall @ Putrajaya, Old Street Commercial Building Batu Pahat, Holiday Villa Johor Bahru City Center. Untuk sebarang maklumat lanjut mengenai sebarang promosi dan sebagainya ada boleh melayari laman rasmi K Fry Urban Korea , IG K Fry dan FB K Fry.

6. Seoul Garden

Seoul Garden merupakan rangkaian restoran makanan Korea di Malaysia yang sememangnya menepati citarasa kami yang punya selera Korea. Memiliki 36 cawangan berkonsepkan buffet dan 15 cawangan berkonsep ala-carte ‘Hot Pot’, Seoul Garden merupakan peneraju restoran makanan berkonsepkan Korea.

Pengunjung juga boleh memilih masakan Asia yang disediakan dan juga pilihan menu buffet yang terdiri dari 150 jenis pilihan. Selain daripada konsep ‘steamboat’ dan barbeku, Seoul Garden juga mempunyai konsep ala-carte iaitu Seoul Garden HotPot yang memfokuskan menu-menu hidangan seperti Bibimbap, Hotpot, Hotplate dan banyak lagi. Dari makanan yang berat, setengah berat hinggalah pencuci mulut seperti buah-buahan juga ais krim. Anda juga boleh nikmati minuman sejuk dan juga panas.

Untuk mengetahui promosi yang dibuat oleh Seoul Garden Malaysia, anda boleh ikuti  Seoul Garden Group Malaysia FB pageSeoul Garden Klang Valley Facebook page dan laman rasmi Seoul Garden Malaysia. Selain itu, korang juga boleh terus buat online reservation menerusi laman rasmi Seoul Garden yang mana ianya begitu mudah dan menjimatkan masa. Dizaman teknologi ini juga, korang boleh menikmati makanan kegemaran korang ini di rumah, di pejabat dengan hanya memesan makanan menerusi aplikasi GrabFood, Eat dan FoodPanda (tertakluk pada rangkuman perkhidmatan syarikat penghantar makanan).

7. Gangnam Station, Shah Alam

Restoran ini di usahakan oleh En Samsuddin Abd. Aziz dan terletak berdekatan Stadium Shah Alam dan bersebelahan Kelab Golf Sultan Abdul Aziz Shah. Menariknya ialah restoran ini pakar dalam masakan Bulgogi. Yang best ialah Sundubu Jjigae, Tteokbokki Rice Cake, Bulgogi. Gangnam Station juga pernah memasuki program makanan TV3 Jalan-Jalan Cari Makan. Boleh dapatkan maklumat lanjut di Facebook dan Instagram Gangnam Station.

Lokasi – Beralamat di G36, Block 5, Laman Seri Business Park, Jalan Persiaran Sukan, Seksyen 13 Shah Alam.

8. Sweetree Restaurant

Sweetree ini terletak di Ampang Putra, Ampang dan pastinya menyediakan hidangan Korea kepada para pengunjung.  Dekorasi restorannya sangat menarik dan menenangkan agar pengunjung dapat menikmati makanan dengan suasana yang mendamaikan. Untuk pelanggan menikmati masa-masa yang indah inilah yang membuatkan pemiliknya memilih nama Sweetree. Selain itu, ruang dalam kedai ini turut dihiasi dengan barangan perhiasan daripada Korea.

kredit Radin Fadli’s Blog

Restoran ini dibuka pada jam 10.30am – 12pm dan ditutup setiap Selasa. Untuk sebarang maklumat lanjut mengenai sebarang promosi dan sebagainya ada boleh melayari laman rasmi Sweetree,  dan FB Sweetree

Lokasi : Restoran Sweetree, No.13 L-1.2, Jalan Ampang Putra, Taman Putra Sulaiman,68000 Ampang, Selangor

9. B.bap Korean Food

Satu lagi restoran yang menyediakan hidangan asli Korea dengan harga berpatutan yang boleh korang cuba. B.bap Korean Food terletak di tengah-tengah Kuala Lumpur, di hab komersial NU Sentral dan Avenue K.

Menunya direka khusus untuk menggabungkan berbagai jenis hidangan Korea lazat yang merangkumi pelbagai jenis bibimbap, mi, nasi, sup, dan variasi hidangan sampingan untuk melengkapi hidangan sebenar Korea.

Dibuka dari jam 10 pagi hingga 10 malam, korang boleh nikmati makanan di setiap masa, sama ada untuk sarapan, makan tengah hari, ‘tea time’ atau makan malam.

Boleh dapatkan details di Facebook b.bap my

10. S(E)OUL OUT 

Pelbagai makanan disediakan dan punya ruang yang cukup untuk korang yang ingin mengadakan aktiviti di sini, contohnya sambutan hari jadi, kelab peminat K-Pop dan mungkin untuk berkumpul seisi keluarga atau rakan-rakan. Jangan risau, harganya sangat berpatutan.

Antara makanan yang disediakan di Seoul Out

Boleh baca lanjut di : [Review] Kunjungi S(E)OUL OUT untuk hidangan Korea yang lazat dan persekitaran yang cukup mendamaikan

Lokasi : S(E)OUL OUT, B-1-04, Level 1, Medan Connaught Centre Point

Social Media :Facebook | Twitter | Instagram

11. MyeongDong Topokki

Satu lagi destinasi tempat yang menyediakan makanan Korea yang semakin mendapat perhatian para penggemar adalah MyeongDong Topokki. Diinspirasi daripada Toppoki (Kek beras) maka, restoran ini memulakan perniagaannya pada 2014 dengan hanya dua cawangan dan kini semakin berkembang dek permintaan yang bertambah. Buat masa sekarang, MyeongDong Topokki telah memiliki lebih 16 buah cawangan di semenanjung Malaysia.

Restoran ini khusus dalam menyediakan makanan versi Korean Street seperti topokki sebagai keutamannya, ayam goreng dan beberapa snek jalanan yang diinspirasi dari jalan Myeongdong, Seoul Korea. Setelah bertahun lamanya, mereka menyediakan pelbagai variasi set makanan Korea seperti ramyun (ramen), jjigae (stew), bokkeumbap (fried rice) dan deopbap (covered rice) disamping panchan (side dish) pada harga yang berpatutan.

Jangan risau, penyediaan makanan mereka halal dan telah mendapat sijil yang dikeluarkan oleh Jakim. Boleh lihat di sini. Jika korang nak nikmati hidangan asli Korea ini, boleh check out LOKASI yang terdekat. Kepada penggemar makanan Korea, korang kena kunjungi restoran ini, seperti yang selalu dicanangkan mereka Eat Like A Korean kerana mereka memang menyediakan hidangan asli Korea. Rugi kalau tak cuba!

Untuk maklumat lanjut boleh follow MyeongDong Topokki di laman sosial mereka : Website | Facebook | Instagram

12. EID Authentic Korean Cuisine Restaurant (CLOSED)

EID Authentic Korean Cuisine adalah salah satu lagi pilihan untuk korang menikmati makanan Korea. Cawangan pertamanya bertempat di Itaewon, Seoul dan restoran ini merupakan TOP “Must Eat Restaurant” di kalangan Pelancong Malaysia di Korea terutamanya yang Muslim. Restoran ini dimiliki oleh keluarga Korea, yang menyajikan masakan asli Korea.

Untuk cawangan di Malaysia, pemiliknya merupakan Korean Muslim (satu-satunya Korean Muslim yang membuka cawangan di negara ini) iaitu Yu Hyunwon atau nama Islamnya Saad dan isterinya Han Narae atau nama Islamya Nadia. Pasangan ini merupakan anak lelaki dan menantu kepada pemilik cawangan utama di Seoul.

Mereka telahpun memperolehi Sijil Halal daripada Korean Muslim Federation (KMF) di Korea dan juga mendapat Sijil Halal central kitchen dari JAKIM.

EID Authentic Korean Cuisine – Damansara merupakan cawangan ketiga mereka di Malaysia yang dibuka pada 5 September 2019 selain di Bangi Sentral (1st Branch), Seremban Gateway dan Shah Alam. Central Kitchen di Bangi disahkan Halal oleh Jakim di mana ia adalah pusat yang membekalkan semua bahan kepada setiap cawangan restoran.

Untuk makluman, EID Authentic ini pernah dipaparkan dalam pelbagai media seperti Akhbar Metro, Jalan-jalan Cari Makan, Borak Kopitiam dan NONA. Setiap makanan akan dihidangkan bersama dengan hidangan sampingan yang boleh direfill secara percuma.

Makanan pula disediakan dalam portion yang besar pada harga yang sangat berpatutan dan semestinya enak-enak belaka. Jadi, korang boleh pesan pelbagai jenis makanan untuk dikongsi bersama. Dari segi rasa, seperti korang menikmati hidangan asal di Korea. Memang tidak mengecewakan.

Oh, ya! Pada setiap kali sambutan Tahun Baru Korea (Seollal), restoran ini akan menyediakan hidangan istimewa iaitu Sup kek beras atau Tteokguk. (Penulis sempat merasai sup kek beras ni. Memang menyegarkan dan sedap)
Sup kek beras atau Tteokguk

EID Authentic Korean Cuisine beroperasi bermula 12PM sehingga 9 PM. Untuk sebarang maklumat lanjut mengenai EID Authentic Korean Cuisine, korang boleh melayari atau follow mereka dilaman sosial Facebook, dan Instagram.

13. SeoulNami Korean BBQ

SeoulNami Korean BBQ Merupakan satu-satunya restoran yang menyediakan bahan-bahan yang halal juga bebas alcohol. Kini dalam proses menunggu sijil halal dari Jakim. Konsep restoran pun sangat menyenangkan, luas dan selesa.

SeoulNami Korean BBQ dikatakan mengambil inspirasi daripada menu makanan daerah Chuncheon, Nami Island Korea Selatan iaitu ayam bakar. Menu dibakar di atas bara api di atas meja.

Beroperasi di dua lokasi iaitu The Garden Mall dan KL East Mall, restoren ini menyediakan bahan-bahan yang halal juga bebas alcohol. Kini, mereka masih dalam proses menunggu sijil halal dari Jakim. Konsep dalaman restoran juga sangat menyenangkan, luas dan selesa.

Korang mungkin pernah melihatnya dalam drama Korea, konsep di mana daging, makanan laut dan makanan istimewa lain dipanggang di tempat di meja makan anda. Ala yang ada serumbu asap yang panjang di tengah-tengah meja tu. Masa inilah untuk korang pamerkan bakat memanggang yang terpendam tu. Tapi, jangan risau, kalau korang tidak berkemahiran, staff SeoulNami BBQ ada untuk membantu.

14. KyoChon

Kyochon di Malaysia telah dibuka buat pertama kalinya di pusat membeli belah One Utama, Damansara iaitu pada Januari 2017. Setakat ini terdapat 38 cawangan KyoChon di Malaysia dan mereka juga bercadang untuk menambah 4 lagi cawangan baru.

Hidangan ayam Kyochon akan digoreng panas sebaik sahaja pelanggan membuat pesanan demi menjaga kualiti hidangan yang dipesan.

Konsep makanan di Kyochon adalah mereka menjanjikan untuk tidak menghidangkan makanan segera@fast food, hanya menggunakan 100 peratus bahan – bahan asli dan hanya menggunakan ayam yang segar dan sihat sahaja.

Kyochon menyediakan empat jenis perisa yang boleh anda pilih untuk hidangan ayam.

Perisa yang boleh anda pilih adalah Soy Garlic, Red Pepper, Honey dan Salsal. Untuk setiap perisa tu kita boleh pilih nak part wing atau drumstick dan kemudian boleh pilih size Regular, Medium atau Large. Dan, boleh juga pilih kalau nak half or whole chicken.

Selain dari 4 perisa ayam yang merupakan signature dishes di Kyochon ni, korang juga boleh mencuba hidangan ayam yang dipotong sebanyak 25 keping dan dihidangkan dengan campuran 4 perisa ayam. Hidangan begini membuatkan anda dapat menikmati keempat – empat jenis perisa ayam yang sememangnya mempunyai rasa yang tersendiri.

KyoChon turut menyediakan menu ala carte korean yang lain seperti  dakgalbi, bulgogi, teobokki, kimchi fried rice dan lain-lain. Minuman juga terdapat banyak jenis, terutamanya jus buah yang sememangnya segar. Bagi yang inginkan kelainan, boleh juga dicuba Korean Tea yang begitu menyegarkan serta menyamankan.

Dalam pada itu, restoran KyoChon bakal mendapat pengiktirafan halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) pada tahun ini.

Pengiktirafan halal itu amat penting bagi menyakinkan rakyat Malaysia yang beragama Islam bahawa KyoChon di negara ini turut menyajikan makanan dan minuman yang halal sahaja – Pengarah Urusan KyoChon, Terry Goh

Untul lebih maklumat lanjut tentang cawangan berdekatan,  perkhidmatan penghantaran makanan serta menu disediakan, korang boleh lawati laman web rasmi KyoChon, Facebook KyoChon, Instagram KyoChon

15. Goobne

Goobne Cawangan Citta Mall

Goobne yang mempunyai lebih 1000 cawangan di seluruh Korea Selatan serta diperingkat antarabangsa ini cukup terkenal dengan kaedah memanggang ayam menggunakan ketuhar. Ini yang menjadikan Goobne cukup istimewa. Malah kejayaan merangkul pelbagai anugerah selayaknya ia digelar KOREA’s NO. 1 OVEN ROASTED CHICKEN.

Goobne atau Goobda dalam bahasa Korea merujuk kepada panggang. Sesuai dengan namanya, ayam yang disediakan di Goobne dipanggang dalam ketuhar pada suhu 195 darjah Celsius selama 13 minit tanpa menggunakan setitik minyak. Ini bagi mengekalkan rasa asli isi ayam tersebut. Malah kaedah ini dapat menghasilkan ayam yang rangup diluar dan isi ayam yang lembut.

Terdapat variasi menu yang boleh dicuba jika anda berkunjung ke cawangan Goobne Malaysia. Dari ayam, ramen, pencuci mulut serta seleksi minuman yang cukup menarik. Jika anda penggemar ayam, beberapa seleksi seperti GOOBNE VOLCANO CHICKEN, PEPPER CRISPY CHICKEN, FRUITY SOY GARLIC CHICKEN, GOOBNE DIP CHEESE CHICKEN dan ORIGINAL CHICKEN.

Photo : https://followmetoeatla.blogspot.com/
Dari kiri : Volcano Cheese Tteok- Bokki, Seafood Jjamppong Soup & Japchae

MOJITO (NON-ALCOHOL)

RITA – SHARK BLOOD (NON-ALCOHOL)

Untul lebih maklumat lanjut tentang cawangan berdekatan, perkhidmatan penghantaran makanan serta menu disediakan, korang boleh lawati laman web rasmi  Goobne Malaysia, Facebook Goobne, Instagram Goobne

16. Dookki Korean Topokki Buffet

Dookki Korean Topokki Buffet, hidangan 2 menu makanan, iaitu Topokki Hotpot dan Kimchi Fried Rice dalam masa 90 minit. Dookki bermaksud 2 hidangan dalam bahasa Korea. Bercirikan konsep asal dari Republik Korea Selatan, Dookki Korean Topokki Buffet disediakan dengan cara tersendiri dan boleh dinikmati bersama dengan rakan-rakan dan seisi keluarga.

Dookki ini merupakan buffet yang menawarkan pelbagai pilihan makanan Korea. Menariknya, korang perlu masak buffet topokki sendiri melalui pilihan topokki yang pelbagai. Untuk bahagian sos, korang boleh menghasilkan sendiri sosnya mengikut menu yang tertera di kawasan sos.

Berikut adalah harga di Dookki ;
  • Dewasa : RM39.80 nett
  • Kanak-Kanak : RM19.80 nett
  • Double Cheese Ring : RM18.80 nett
  • Snow Cheese : RM9.80 nett

Apa yang menarik, setiap 22 pasangan pertama dapat harga menarik iaitu BUY 1 FREE 1 pada setiap 22 haribulan untuk setiap bulan. 2 orang dewasa dapat menikmati buffet, dan hanya perlu membayar harga untuk 1 orang sahaja!

Untul lebih maklumat lanjut tentang cawangan berdekatan, perkhidmatan penghantaran makanan serta menu disediakan, korang boleh lawati Dookki Malaysia menerusi laman web rasmi , Facebook , Instagram dan TikTok

Jadi, inilah sebahagian lokasi yang korang boleh enjoy menikmati hidangan Korea bersama teman mahupun keluarga. Apapun gais, selamat menjamu selera dan nikmati hidangan korang dengan penuh kesyukuran. Ingat, jangan membazir tau!

loading...