tvN Mother, “remake” drama jepun Mother ditayangkan awal tahun depan

Lee Bo Young . Lee Hye Young

tvN Mother yang digubah semula berdasarkan drama Jepun, Mother sudah pun mendapatkan khidmat Lee Bo Young untuk watak cikgu dan juga Lee Hye Young sebagai ibu yang menderai kanak-kanak tersebut. Pelakon muda korea masih dicari-cari untuk melakonkan watak kanak-kanak tersebut.

Mother mengisahkan tentang seorang cikgu sekolah rendah yang bersimpati dengan nasib dialami muridnya yang didera secara mental dan fizikal oleh ibubapanya di rumah. Cikgu tersebut, bakal dilakonkan oleh Lee Bo Young, men’culik’ budak tersebut dan membawanya bersiar-siar dengan harapan dia dapat melupakan penderitaan dialaminya. Drama Mothers yang disiarkan di cenel NTV telah mendapat rating tertinggi dan meraih beberapa anugerah penting termasuklah kemenangan Best Actress dan Best Supporting Actress buat pelakon yang membawakan watak sebagai cikgu dan anak murid tersebut.

Drama Mother ini bakal ditulis oleh penulis skrip filem terkemuka, iaitu Jung Seo Kyung . Beberapa karya beliau bersama pengarah tersohor Korea, Park Chan Wook seperti Handmaiden, Sympathy for Lady Vengeance dan Thirst telah mendapat kritikan positif di kalangan penggiat filem terutamanya Handmaiden yang disenaraikan antara filem terbaik dunia tahun 2016 oleh Indiewire, majlis pengkritik Los Angeles, dan lain-lain. Penulisan beliau lebih berkonsepkan thriller di mana ‘twist’ diperkenalkan beberapa kali dalam filem bagi anggapan penonton berkenaan terutamanya daripada persepktif berbeza di permulaaan cerita. Contohnya dalam Handmaiden, beliau telah menyangkakan penonton bahawa A akan ditipu oleh B sambil disokong oleh C. Tetapi, rupanya A dan B bekerjasama sebaliknya lalu meninggalkan C. Untuk mengetahui lanjut pasalnya, silalah menonton filem Handmaiden ini.

Ia diarahkan oleh Kim Chul Gyu (tvN Chicago typewriter) dan bakal menemui penonton sebaik saja drama tvN Wise Prison Life berakhir pada awal tahun depan.

Sumber: OSEN

 

loading...