6 Sebab Kenapa Kena Tonton SBS Falsify / Fabrication

1. Peranan media yang efisien sebagai wadah propaganda

Media dijadikan sebagai “bayangan” dalam merealisasikan kerja-kerja kotor oleh pihak yang berkepentingan. Ianya dijadikan satu cabang propaganda yang efisien sehingga mengubah persepsi orang ramai dalam sekelip mata. Isu yang diutarakan drama SBS Falsify lebih kepada “berita-berita semasa” yang diubahsuai dan disensasikan bagi memacu perhatian orang ramai supaya ianya harus ditegakkan. Contohnya, apabila berita tentang seseorang bunuh diri, media boleh memanipulasikan kenyataan berkenaan daripada sudut persepsi negatif tentang sebab kematiannya tanpa perlu risau tentang kredibiliti & laras bahasa digunakan. Kesannya, orang ramai yang membaca akan membenci kenyataan tersebut. Bak kata pepatah digunakan dalam drama ini,  “Wartawan ialah benak fikiran yang akan memimpin dan memacu peperangan”

Namun, dari pihak yang lain pula, masih ingin menegakkan ketidakadilan untuk memperbetulkan peranan media yang sepatutnya menyampaikan kebenaran dengan bersandarkan pada prinsip sendiri.

2. Jalan cerita yang kreatif tentang pelaksanaan strategi oleh pihak lawan

Permainan menjatuhkan antara satu sama lain semenangnya menjadikan drama itu lebih menarik. Syarikat Daehan berterusan memalsukan kenyataan dibuat oleh Aeguk. Kedua-duanya bertujuan untuk mendapatkan sokongan orang ramai tentang isu mereka mahu tegakkan. Kehadiran “Splash Team” bernaung di bawah Daehan telah mengimbangi, dan seterusnya menyelongkar apa yang CEO Daehan ingin sembunyikan di hadapan orang ramai.

Antara strategi menarik dimainkan pihak lawan adalah di dalam Episod 11 dan 12 (21 -24  di cenel SBS Korea) di mana pihak lawan telah mengaburi mereka dengan maklumat disampaikan kepada mereka ‘secara tak langsung’, dalam pada masa yang sama, menjayakan misi yang tak dapat diduga pihak seterusnya itu.

3. Nam Goong Min tampil sebagai seorang bersungguh-sungguh untuk menegakkan kebenaran

Misi utama Nam Goong Min selaku Han Mu Yong adalah untuk membalas dendam terhadap kematian abangnya yang disifatkan sangat meragukan. Han Mu Yong tinggalkan sukan taekwondo lalu memutuskan menjadi wartawan Aeguk.  Dengan menggunakan cara yang bukan ortodoks, akhbar Aeguk akan membongkar apa saja pihak media lain cuba sembunyikan. Kesungguhan Han Mu Yong untuk menegakkan kebenaran mula berbangkit apabila menyedari artikel-artikel yang dinukilkan abangnya sebelum ini telah memalsukan pelbagai fakta senario politik.

4. Kenali organisasi rahsia yang mengawal media di sebalik takbir

Falsify memainkan konsep “media di sebalik takbir” , di mana media dijadikan sebagai penggembleng utama dalam menentukan sesuatu yang mesti dilaksanakan oleh organisasi tersebut. Berdasarkan hierarki, “supreme leader” akan memberikan “direct order” atau perintah utama kepada pelaksana, didukungi oleh “elders” iaitu badan-badan pemerintah. Seperti yang diketahui, CEO syarikat akhbar memegang kuasa tertinggi sehingga mendapat kepercayaan tertinggi “supreme leader” untuk menjayakan misi menggunakan cara beliau. Antara yang menganggotai kumpulan ini di peringkat tertinggi, adalah pengerusi Nam Kyung Man yang belum diketahui peranan sebenarnya, peguam Noah, dan pembunuh upahan bertatoo. Macai-macai sampingan termasuklah ketua bahagian pendakwaraya, polis berpangkat leftenan, broker tanah, doktor hospital, ketua penyangak dan sebagainya yang mengambil “orders” daripada peringkat atasan tersebut.

5.’Comeback’ yang mantap daripada pelakon veteran Moon Seun Gyun selaku CEO akhbar yang licik dan jahat

Moon Seun Gyun semenangnya meninggalkan impressi yang amat mengagumkan selaku CEO akhbar Daehan yang licik,  berkarisma dan penuh dengan tipu helah. Ini merupakan ‘comeback’ beliau dalam drama arena drama sejak 8 tahun yang lalu. Beliau adalah pemenang 3 kali anugerah Best Actor Blue Dragon Film Awards. Strateginya dalam menggunakan Daehan untuk memanipulasikan “fakta” dan menggelapkan kenyataan akhbar yang lain telah menyebabkan plan Han Mu Yong  dan kumpulan “Splash” selalunya gagal. Beliau juga akan mengarahkan penerbitan kenyataan akhbar terlebih dahulu sebelum sesuatu misi dilaksanakan.

6. Menyaksikan pembunuh upahan tak berperasaan dalam menjayakan misi

Kang Shin Hyo yang berlengan tatoo menunjukkan aksi brutalnya selaku pembunuh upahan yang tak didorongi dengan emosi. Tapi yang paling menggerunkan, Kang Shi Hyo tak membentak apabila lengannya dibakar dengan pencucuh api malah tetap mencekik leher mangsanya tanpa balas kasihan, adegan yang dipetik daripada episod 18.

Artikel berkaitan:

  • https://kmania.info/2017/08/29/kang-shin-hyo-dipuji-sebagai-pembunuh-upahan-tak-berperasaan-dalam-sbs-falsify/

Anda boleh saksikan drama ini di cenel onehd Astro, 393 setiap jam 7.00 malam hari Selasa dan Rabu.

Gambar-gambar adalah hakcipta terpelihara SBS.

loading...