Temuduga Eksklusif bersama KMANIA: Jelajah Princess Hours di Malaysia

Kehadiran 4 pelakon utama drama bersiri popular dari Thailand ‘Princess Hours’ iaitu Tao, Pattie, Phan dan Bebe untuk tayangan perdana siri bersama peminat yang dibawa secara exclusive oleh dimsum.my. Mereka juga bertemu dengan peminat pada 9 Julai 2017 (Ahad 3pm) untuk sesi ‘Meet & Greet’ di Sunway Pyramid.

Drama yang ditayangkan pada bulan April ini telah mendapat sambutan yang sangat menggalakkan sehingga mendapat 500 juta tontonan di China.

Pihak kmania mendapat sesi exclusive untuk menemu bual 4 artis terkenal dari Thailand ini.

Kmania: Oleh kerana ini adalah drama yang di ambil dari drama terkenal Korea. Adakah anda merasa terbeban untuk membawa watak-watak didalam drama ini. Apakah perasaan anda apabila mendapat peluang untuk berlakon didalam drama ini?

Pettie: Bagi saya itu bukan masalah kerana kedua-dua mempunyai perbezaan. Kedua-duanya mempunyai perbezaan budaya, gaya hidup dan perbezaan zaman. Jadi kami melakukan peranan yang terbaik.

Kmania: Kami sudah menonton ‘Behind the scenes’ semasa babak perkahwinan dan dimana anda semua terpaksa berlakon didalam keadaan cuaca yang sangat panas. Bagaimana anda mengharungi keadaan itu?

Pettie: Bagi saya itu adalah bukan masalah besar, saya melakukan dengan sehabis baik supaya boleh habiskan babak itu secepat mungkin dan teruskan kepada adegan yang lain.

Kmania: Ada sesiapa yang jatuh sakit kerana cuaca yang terlalu panas semasa melakukan babak tersebut (merujuk pada majlis perkahwinan)

Tao: Saya dan Pattie tidak mengalami apa-apa, tetapi ada watak pembantu yang jatuh sakit disebabkan cuaca panas tersebut.

Soalan kepada Teo dan Pettie 

Kmania: Apa pendapat anda mengenai keserasian diantara anda berdua. Bagaimana anda berdua membina keserasian itu?

Teo: Banyak yang dilakukan untuk membuatkan kami berdua merasa selesa untuk membawa watak ini bersama-sama sehinggakan kami merasa betul-betul yakin baru kami akan melakukan sesuatu babak.

Petty: Semasa melakukan watak ini saya melakukan secara semula jadi mengikut kesuaian babak.

Soalan kepada Teo:

Kmania: Anda lahir dari program reality ‘Academy Fantasia S8’ jadi anda sangat bagus didalam bidang nyanyian dan lakonan, jadi jika diberi pilihan antara nyanyian dan lakonan yang mana akan anda pilih?

Teo: Terlalu susah untuk saya memilih kerana kedua-duanya minat saya. Lagi pun didalam drama ini saya juga menyanyi untuk OST.

Soalan kepada Pettie:

Kmania: Antara watak yang pernah anda terima yang mana antara yang paling diingati sehingga sekarang?

Pettie: Saya paling meminati untuk berlakon didalam drama romantic comedy. Jadi semua drama seperti ini saya akan ingat hingga bila-bila.

Soalan kepada Phan:

Kmania: Phan, anda adalah peminat ‘manga’ dan komik. Jadi oleh kerana watak didalam drama ini juga dari manga ‘princess hours’. Apa perasan anda apabila menerima tawaran untuk turut berlakon dalam drama ini?

Phan: Ya, saya sangat suka membaca manga aksi dan anime. Untuk drama ini saya merasakan sedikit mencabar kerana membawa watak seperti ini tetapi tetap menyeronokan

Kmania: Oleh kerana anda peminat aksi manga, Anda mempunyai impian untuk berlakon didalam action drama? Dan adakah anda berharap untuk berlakon lagi didalam drama adaptasi dari manga atau komik?

Phan:  Sudah tentu, sebenarnya impian saya untuk berlakon didalam drama aksi dan berlakun untuk watak dari anime. Pastu itu satu perkara yang menyoronokan.

Kmania: Anda adalah separuh France dan separuh Thai, tetapi anda lebih lama menetap di Thailand. Bilakah anda akan balik ke France untuk bertemu dengan keluarga dan kawan-kawan disana?

Phan: Ya, saya akan pulang ke France sekurang-kurangnya 2 kali dalam setahun. Kerana disana masih ada keluarga yang rapat dengan saya seperti nenek saya.

Soalan kmania kepada Bebe

Kmania: Adakah anda akan gembira sekiranya dapat berkahwin dengan putera Inn, iaitu watak didalam drama ini?

Bebe: Sudah tentu, saya sendiri sudah jatuh hati dengan watak putera Inn.

Kmania: Bagaimana dengan hobi anda, sukan kegemaran? Ramai peminat yang memuja dan menyukai bentuk badan anda kerana mempunyai bentuk badan yang cantik.

Bebe: Saya tidak mempunyai sukan yang tertentu. Tetapi saya sangat suka pergi ke gym malahan ianya menjadi rutin harian saya, dan dalam masa yang sama saya amat menjaga permakanan saya.

Kmania: Sudah mencuba makanan Malaysia? Mungkin Nasi lemak?

Phan: Saya sudah mencubanya 5 tahun yang lepas Dan bagaikan mengalami mimpi buruk kerana saya tidak boleh memakannya disebabkan ianya terlalu pedas. Ya, saya tidak boleh makan makanan yang terlalu pedas.

Teo: Saya akan mencubanya kerana saya suka makanan yang pedas. Ya saya akan mencubanya.

[facebook url=”https://www.facebook.com/kmaniamy/videos/561106094280385/”]

Hasil nukilan Malissa Saila.

Gambar oleh isabel.

 

 

loading...