“Sah, Lee Byung Hyun lah lelaki Mr Sunshine itu” – Kim Eun Sook, penulis Goblin, Descendants of The Sun & Secret Garden

Kim Eun Sook dalam sidang media mengesahkan Lee Byung Hyun akan membintangi drama Mr Sunshine, projek dramanya selepas tvN Goblin. Katanya, Lee Byung Hyun menetapi kriteria Mr. Sunhine iaitu seorang yang berbadan sado, matang dan juga pandai berbahasa Inggeris. Pengumuman ini agak mengejutkan kerana Lee Byung Hyun terkenal sebagai seorang yang agak memilih dan bukan senang untuk beliau berkecimpung dalam drama korea. Kali terakhir beliau berlakon menerusi drama KBS Iris telah menyebabkan beliau meraih Best Actor di Baeksang Art Award dan juga daesang di KBS Awards.

Beliau juga mencipta rekod sebagai pelakon yang pertama menyapu bersih anugerah Best Actor di Grandbell , Bluedragon dan Baeksang untuk filem Inside Men.  Tidak lupa juga, Lee Byung Hyun juga terkenal di luar negara menerusi filem Gi Joe dan Terminator Genisys.

Projek terbaru Kim Eun Sook mendapat liputan meluas di seluruh negara kerana drama-dramanya tetap akan hit melebihi 20% ratings. Maka, pelakon-pelakon yang dicadangkan untuk dramanya pastinya ditunggu-tunggu peminat kdrama.

Sumber: OSEN, xsportnews

loading...