Hyun Bin jadi Angkasawan dalam drama fiksyen sains terbaru – City of The Stars

 

Sumber berita memaklumkan drama korea pertama mengenai angkasa lepas, iaitu City of The Stars bakal diterbitkan di mana Hyun Bin telah ditawarkan watak sebagai angkasawan.

Beliau antara 3 angkasawan yang terpilih untuk menyertai misi ke angkasa lepas bagi mencari He-3 di angkasa lepas sebagai pengganti sumber tenaga yang semakin kehausan di muka bumi.

Antara watak yang kuat untuk dinominasikan dalam anugerah besar-besaran pada tahun hadapan, Hyun Bin akan melakonkan watak bekas kapten juruterbang yang menghadapi trauma dan ingin melaksanakan misi ke angkasa lepas untuk memulakan hidup baru. (Jangan teringat dekat abam fatah Suri Hati Mr. Pilot plak haha 😆)

Drama ini bakal diarahkan oleh Jang Jin (We Are Brothers, Quiz King, Good Morning President), pengarah yang terkenal melalui karya filemnya berprofil tinggi. Khabarnya juga, agensi penyiaran tengah berebut untuk mendapatkan hak penyiaran di cenel mereka.

Sumber: Sumber: Sports Chosun, TV Report, Dramabeans

loading...