Hwarang cipta trending mengejutkan dengan penampilan pahlawannya yang anggun segak

KBS menyiarkan drama saeguk baru berjudul – Hwarang ,iaitu drama yang mengekplorasikan keindahan aset ‘lukisan’ berharga di zaman dinasti Silla yang dikenali sebagai pahlawan Hwarang , “The Flowering Knights”. Mereka berkhidmat di bawah raja Silla.

Epi 1 menunjukkan senyuman manis dipancarkan daripada wajah anak-anak muda ini manakala Epi 2 bermulanya cerita perjuangan mereka. Reaksi penonton agak positif dan menjadi viral di carian google bermula kelmarin.

Carian “Naver” dan Google menunjukkan kata kunci “Hwarang” dan “Hwarang Lee Kwang Soo” berada pada carian tertinggi. Ianya sekaligus menepis dakwaan bahawa drama ini telah di’rejek’ oleh penonton di sana dan mampu meletakkan saingan yang kuat di belakang Romantic Doctors, Tecaher Kim yang meraih ratings sebanyak 20% setakat ini berbanding Hwarang yang bermula dengan 6%.

Bukan saja kata kunci berkenaan, malah nama pelakon juga turut menjadi sebutan apabila “Hwarang Park Seo Jeon” berada dalam kedudukan top 10 teratas dalam enjin carian. 2 OST – “Whenever You Are” dan “You Are Dying” turut menjadi viral.

Ini merupakan penglibatan pertama Park Seo Jeon sejak She Was Pretty. Turut membintangi ialah Go Ah Ra, Do Ji Han, Park Hyung Sik.

Drama ini disiarkan melalui cenel KBSW Astro 392 setiap hari Isnin dan Selasa jam 9.15 malam.

Sumber: donga

http://www.kmania.org/2016/kbs-tampilkan-3-poster-hwarang-untuk-tatapan-peminat/

http://www.kmania.org/2016/pahlawan-segak-berambut-panjang-bakal-dipertemukan-di-hwarang/

 

loading...