[Panas!] Kim Jong Kook dan Song Ji Hyo akan meninggalkan Running Man?

Kim Jong Kook dan Song Ji Hyo akan meninggalkan rancangan popular “Running Man” secara rasmi.

Rancangan popular Korea “Running Man” akan memulakan musim terbaharu pada tahun 2017. Antara perkara yang dibincangkan untuk musim terbaharu ialah penambahan ahli “Running Man” yang baharu serta Kim Jong Kook dan Song Ji Hyo akan meninggalkan “Running Man”.

Agensi yang menguruskan Song Ji Hyo memberitahu bahawa Song Ji Hyo telah lama berbincang dengan pihak “Running Man” tentang hal ini dan akhirnya beliau memilih untuk menarik diri daripada rancangan ini demi menumpukan perhatian kepada karier lakonan walaupun tarikh sebenar masih belum dapat dipastikan.

Begitu juga bagi pihak Kim Jong Kook. Agensi yang menguruskan penyanyi ini menjelaskan bahawa Kim Jong Kook akan meninggalkan “Running Man” tetapi pada waktu yang belum dapat ditentukan.

Ini bermakna ahli-ahli “Running Man” yang masih kekal adalah Yoo Jae Suk, Ji Suk Jin, Haha dan Lee Kwang Soo setelah Kang Gary menarik diri pada bulan Oktober yang lalu.

Oleh kerana itu, pihak “Running Man” kini masih dalam perbincangan mahu merekruit Kang Ho Dong bagi menyertai barisan ahli “Running Man” untuk musim terbaharu 2017 nanti bersama ahli-ahli kekal “Running Man” yang lain dan hal ini telah pun dipastikan oleh agensi yang menguruskan Kang Ho Dong.

Sumber:

  1. http://sports.chosun.com/news/ntype.htm?id=201612150100111370007594&servicedate=20161214
  2. https://www.soompi.com/2016/12/13/breaking-song-ji-hyo-kim-jong-kook-leaving-running-man-kang-ho-dong-might-join/

 

 

loading...