Kenapa Anda Wajib Tonton Seven First Kisses ??

Drama romantic   comedy  Seven First Kisses atau ‘First Kiss for the Seventh Time’  ini pastinya berjaya membuatkan ramai peminat K-drama di seluruh dunia teruja melihat nama-nama pelakon yang yang telah dipilih untuk meneraju web drama ini.  Pastinya web drama ini menjadi drama wajib tonton terutama bagi peminat dari kalangan wanita. Disajikan dengan tujuh aktor Korea yang HOT, Handsome yang bergabung dalam web drama ini pastinya pihak Lotte Duty Free tidak salah percaturan dalam menghasilkan drama ini.

Web drama ini dibintangi oleh Lee Cho Hee sebagai pelakon utama. Drama ini juga dibarisi oleh Lee Jong Suk, Ji Chang Wook, Park Hae Jin, Lee Jun Ki, Ok Taecyon (2PM), Kai (EXO) dan tidak ketinggalan Lee Min Ho.

Apa yang korang perlu tahu mengenai Seven First Kisses ni?

sumber YT

  1. Fantasi Web Drama 

Web drama ini yang juga dikenali sebagai First Kiss For The Seventh Time memiliki plot cerita yang menarik dan merangkumi pelbagai situasi. Tujuh aktor yang membintangi drama ini akan membawakan watak yang berbeza setiapnya. Web drama ini mengisahkan seorang pekerja Lotte Duty Free lakonan Lee Cho-hee yang akan berhadapan dengan tujuh calon pasangan romantisnya.

Digambarkan bahawa Lee Cho Hee adalah seorang yang baru berjinak-jinak dalam pencarian cinta pertamanya dan dia diberikan kesempatan oleh Choi Ji Woo untuk bertemu dengan tujuh orang jejaka yang berbeza . Tujuh karakter ini terdiri daripada seorang agen rahsia (Ji Chang-wook), seorang jejaka sempurna/gentlement (Lee Joon Ki), majikan kepada Lee Cho Hee  (Park Hae-jin), anak keluarga kaya yang naif (Taecyeon), seorang pelancong (Lee Min-ho), seorang mahasiswa (Kai), dan seorang aktor yang digilai ramai (Lee Jong-suk). Siapa yang akan dipilihnya?

2. Choi Ji-woo membawa watak pari-pari cinta

Choi Ji Woo akan membawa watak sebagai dewi cinta/pari-pari cinta yang akan mengabulkan permintaan daripada Lee Cho Hee dalam perjalanannya hidupnya untuk mencari cinta yang sejati.  Walaupun dibantu oleh kuasa pari-pari, Lee Cho Hee akan menjadi dirinya sendiri pada saat dia ingin mencium jejaka-jejaka yang ditemuinya.

3. Lee Min-ho ‘pengubah’ tajuk drama

Lee Min-ho adalah tambahan terbaru untuk Seven First Kisses. Awalnya, web drama ini diberi nama  First Kiss for the Sixth Time, namun kemudian diubah menjadi Seven First Kisses/First Kiss For The Seventh Time setelah Min-ho setuju untuk membintangi web drama ini.

4. Ji Chang-wook mengimpikan watak yang di bawa oleh Lee Joon-gi

Dalam sidang media yang lalu, bintang The K2 Ji Chang-wook mengatakan dirinya ingin membawakan  watak Lee Jun Ki iaitu seorang jejaka yang cool, gentlement dan sempurna.  Ini kerana karakter sebagai ejen rahsia telahpun dibawakannya dalam drama The K2 dan berhajat untuk mencuba karakter yang lain dalam web drama ini.

5. Drama web ini untuk meningkatkan industri Pelancongan

Dihasilkan oleh Lotte Duty Free, web drama ini merupakan kolaborasi khusus dengan 11 agensi hiburan Korea Selatan. Dalam pernyataan sebelumnya yang diperoleh Korea Herald, Lotte menyatakan bahawa produksi drama ini bertujuan untuk mempromosikan industri pelancongan dengan cara menghubungkannya dengan fenomena Hallyu.

6. Waktu Tayangan

Drama ini akan mula ditayangkan pada 5 Disember 2016 di channel YouTube Lotte Duty Free setiap Isnin dan Selasa jam 10.00 pm KST. Boleh ditonton di laman rasmi YouTube Lotte Duty Free

Teaser

Spoiler Episode 1 (Bonus)

credit goes to FB Lotte Duty Free, You Tube Lotte Duty Free & Petelagi

 

loading...