Top 5 untuk Mnet Asian Music Awards (MAMA)

MAMA2016

Anugerah Muzik Asia Mnet (MAMA) adalah sebuah rancangan anugerah muzik utama yang diadakan oleh Mnet Media setiap tahun di Korea Selatan dan melibatkan penyertaan daripada beberapa pelakon dan penyanyi yang terkenal. Sebagai salah satu daripada acara yang paling penting bagi industri muzik Korea, majlis ini pernah dihadiri oleh barisan artis terkenal seperti Big Bang, 2NE1, TVXQ, Super Junior, 2PM, Busker Busker dan artis terkenal lain.

Pada tahun 2009, nama anugerah ini ditukar daripada Festival Muzik KM Mnet (Mnet KM Music Festival) kepada Anugerah Muzik Asia Mnet (Mnet Asian Music Awards). Perubahan ini menandakan konsep dan cara baharu dalam memilih beberapa artis yang akan memenangi anugerah. MAMA tahun 2009 telah disiarkan secara langsung di China, Jepun, Hong Kong, Asia Tenggara dan Thailand melalui Saluran V.

Pertama kalinya pada tahun 2010, anugerah ini diadakan di luar Korea Selatan. Untuk acara tahunan ke-12, anugerah itu telah diadakan di Venetian Macao Resort, Macao, China dan ditayangkan di pelbagai negara.

Pada tahun ini sekali lagi anugerah ini akan berlangsung di Hong Kong.  Anugerah ini akan diadakan pada 2 December 2016 langsung pada pukul 5.00 petang (HKT)

Mari kita lihat siapakah yang tercalon Top 5 bagi category yang dipertandingkan.

MAMA2016 MAMA2016 MAMA2016 MAMA2016 MAMA2016 MAMA2016 MAMA2016 MAMA2016 MAMA2016 MAMA2016 MAMA2016 MAMA2016 MAMA2016 MAMA2016 MAMA2016 MAMA2016 MAMA2016 MAMA2016 MAMA2016 MAMA2016 MAMA2016 MAMA2016 MAMA2016

Nantikan update terkini mengenai pemenang-pemenang bagi setiap category yang dipertandingkan pada esok petang.

 

loading...