Ji Sung disahkan membintangi drama terbaru SBS, Defendants

Agensi Ji Sung telah mengesahkan pemenang 2 kali Best Actor CARI K Drama Awards akan berlakon dalam drama terbaru SBS berjudul Defendants. Defendants berkisarkan seorang pendakwaraya, Park Jung Woo yang hebat daripada segala segi yang pada satu harinya terkejut apabila mendapati dia terperosok dalam penjara menanti hukuman mati dijalankan dalam beberapa minggu lagi. Park Jung Woo ialah penghidap amnesia dan dia telah dituduh membunuh isteri dan anaknya.

Ji Sung telah membuktikan versalitinya menerusi lakonan berkomedi splastik dalam SBS – Protess The Boss, pencinta dendam melalui KBS – Secret Love dan penghidap penyakit DID tujuh personaliti berbeza dalam MBC – Kill Me Heal Me.  Defendants bakal menyerlahkan bakat Ji Sung dalam mempamerkan sisi seorang yang dalam keadaan terdesak dan mahukan perubahan.

Drama ini yang mempunyai sedikit persamaan  dengan filem Hollywood terkemuka, Shawshank Redemption , akan ditayangkan di cenel SBS menjelang Isnin-Selasa selepas berakhirnya Romantic, Doctor Teacher Kim. Turut membintangi drama ini ialah Uhm Ki Joon dan Kwon Yuri .

Sumber: donga, dramabeans

loading...