B2ST MUNGKIN TINGGAL KENANGAN JIKA TINGGALKAN CUBE

Ini adalah perkhabaran yang cukup mengejutkan bagi peminat kumpulan Beast/B2st (b2uty) secara khususnya serta peminat industri muzik Korea amnya.

Kumpulan yang terkenal dengan lagu Shock dan Fiction ini telah bernaung di bawah pengurusan Cube Entertainment selama 7 tahun. Untuk pengetahuan, Beast pada asalnya dianggotai oleh 6 jejaka diketuai oleh Yoon Doo Joon, Yong Jun Hyung, Jang Hyun Seung ,Yang Yo Seob, Lee Gi Kwang dan Son Dong Woon telah memulakan karier mereka sejak 2009 yang lalu. Kini hanya tinggal 5 anggota B2ST yang tetap meneruskan perjuangan mereka setelah Jang Hyun Seung secara rasmi telah meninggalkan kumpulan berikut pada April yang lalu.

Kontrak Beast bersama Cube Entertainment telah tamat pada 15 Oktober yang lalu dan khabar angin mengatakan Beast tidak akan lagi menyambung kontrak mereka dengan Cube.Mereka dikhabarkan akan bergerak sendiri dengan menubuhkan agensi sendiri.

7 tahun bersama Cube, B2ST telah menghasilkan 5 buah album penuh iaitu Fiction and Fact (2011),  Hard To Love How To Love(2013), Highlight (2016) serta So Beast (2011) dan Guess Who (2016) untuk pasaran Jepun. Mereka juga telah mengeluarkan 9 buah mini album iaitu Beast Is the B2ST (2009), Shock of the New Era (2010), Mastermind (2010),  Lights Go On Again (2010), My Story (2010), Midnight Sun (2012),  Good Luck (2014), Time (2014)  dan Ordinary (2015).

Antara lagu yang menjadi hits adalah Shock, Bad Girl, Beautiful, Fiction,Shadow, On Rainy Days, Yey, Good Luck dan 12.30.

Apa yang membimbangkan B2uty adalah, jika Beast meneruskan keputusan untuk meninggalkan Cube Entertainment, berkemungkinan besar mereka tidak boleh lagi menggunakan nama Beast/B2ST. Ini kerana, pihak Cube telahpun mematenkan nama tersebut sehingga tahun 2026 dan segala berkaitan dengan Kumpulan Beast/B2ST termasuk pengiklanan , persembahan, album dan lagu-lagu mereka di bawah hak cipta Cube Entertainment sepenuhnya.

“On the 15th of October, B2ST’s contract with Cube came to an end. The group then announced their departure from the label, plus plans to create their own, independent company. Unfortunately, the 5 members will not be able to keep their group name because B2ST is registered as a trademark by Cube. The legal authority and rights to B2ST as a registered commodity in the areas of music albums, advertisements, and artist performances, belong to Cube Entertainment until January 25, February 23, and April 1 of 2026, respectively.”

Wakil dari Cube Entertainment menyatakan ” “Kami masih belum menerima maklumbalas dari anggota B2ST. Tentu saja kami ingin B2ST terus kekal bersama kami . Kami masih menunggu jawapan mereka dan kami juga masih memegang paten/ hak cipta atas nama mereka. Jika B2ST menandatangani kontrak dengan agensi lain, maka mereka tidak dibenarkan  menggunakan nama B2ST untuk 10 tahun akan datang.”

Sungguhpun begitu, baik pihak Beast dan juga Cube Entertainment keduanya belum mengeluarkan kenyataan rasmi berkenaan hal ini dan sumber mengatakan ianya masih dalam perbincangan di antara kedua-dua pihak. Masih ada kemungkinan B2ST akan terus kekal bersama Cube Entertainment.

All Sourcers credited to AllKpop , Wikipedia and also links stated above.

loading...