Pahlawan segak berambut panjang bakal dipertemukan di Hwarang

Poster Hwarang
Poster Hwarang

Poster sudah keluar! Siapa sangka wajah-wajah kejambuan Hwarang bakal menggantikan kerinduan anda selepas Scarlet Heart: Ryeo berakhir pada hari ini.

Drama Hwarang ini mengimbas masa lalu sewaktu kewujudan pasukan askar Hwa rang di bawah empayar Silla yang digambarkan sebagai pahlawan tampan berwajah jambu.  Drama ini akan berkisarkan sepenuhnya interaksi ‘bromance’ antara mereka.

Drama ini dibintangi oleh Park Seo Joon sebagai anak muda yang cuba mengubah hierarki untuk menjadi seorang pahlawan Hwarang yang disegani. Go Ara pula membawa watak heroin  (mungkin juga seorang puteri raja) yang mana akan dilindungi oleh Park Seo Joon ini.

Park Hyun Shik pula memegang watak raja bernama Jin heung , dikenali sebagai raja ‘tak bermuka’.  Maksudnya di sini, baginda tidak mempamerkan wajahnya di khalayak umum, ini membuatkan baginda menyamar sebagai salah seorang pahlawan Hwarang.

Drama ini turut dibintangi oleh Shinee Min ho,  Do Ji Han, Jo Yoon Woo dan Bangstan V. Ianya diarahkan oleh pengarah Yoon Sun-shik daripada Gaksital. Drama ini akan menggantikan slot Isnin-Selasa selepas The The Man Living in Our House di cenel KBS.

Kredit dramabeans.

loading...