Masih ingatkah perangai gila-gila Giana Jun? Kali ini Lee Min Ho pula jadi mangsa

Khamis, 27 Oct – Siapa dapat lupa watak chu song yi hasil lakonan mantap Jung Ji Hyun aka Giana Jun dalam drama SBS My Loves From The Star sehingga menyebabkan dia meraih kemenangan Best Actress dalam 3rd 2014 CARI K Drama Awards serta menyapu bersih daesang dalam Paeksang Art Awards dan SBS Drama Awards.

Kali ini, dia tampil semula mencari mangsa terbaru, Lee Min Ho dalam drama terbaru mereka, Legend of The Blue Sea. Giana Jun bertindak sebagai ikan duyung bernama Shim Chung yang naik ke daratan dengan harapan dapat bertemu lelaki yang dapat mengubah nasibnya dan ternyata namja Heo Joon Jae lakonan Lee Min Ho menjadi pilihannya. Heo Joon Jae merupakan penipu genius yang terkenal. Legend of The Blue Sea akan ditayangkan di cenel Onehd selepas tamatnya Jealousy Incarnate.

Ini merupakan penampilan pertama Lee Min Ho dalam arena dramaland sejak Heirs yang mana dia memenangi Popular Actor dan Couple of The Year dalam 2nd 2013 CARI K Drama Awards.

Saksikan teaser menghiburkan di bawah.

[youtube https://www.youtube.com/watch?v=i-30_sDoiNc]

 

loading...