KELAB PENGKRITIK DAN PEMINAT KOREA (KMANIA)

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Setelah beberapa bulan bertungkus lumus, akhirnya pada tanggal 28hb September 2016, Kelab Pengkritik dan Peminat Korea secara rasminya menjadi sebuah pertubuhan berdaftar di Malaysia.

Antara matlamat kelab ini ditubuhkan adalah :

i. Membincangkan kdrama secara kritis di mana peminat diberi ruang untuk menganalisis dan mengkritik drama tontonan mereka tanpa sekatan prejudis. Hal demikian memberikan laluan kepada komuniti dilantik bagi mengaudit laporan ulasan kdrama untuk menterjemahkannya ke dalam bentuk rekognasi cari kdrama awards, misalnya.

ii. Menjadi persatuan bertauliah bagi menguruskan segala aktiviti-aktiviti berkenaan Korea di Malaysia.

iii. Menghimpunkan silaturrahim sesama peminat korea di samping membincangkan secara ilmiah lengkap dalam semua aspek hiburan dan budaya Korea termasuk Kpop dan sebagainya.

Buat masa ini, kami dalam rangka mempromosikan kelab ini kepada umum terutamanya kepada peminat drama korea, muzik KPOP dan juga kebudayaan Korea. Selain itu juga kami sedang dalam proses membekalkan maklumat berkaitan hala tuju kelab ini kepada umum.

Anda juga boleh mendaftar keahlian anda di sini KMania . Ikuti kami sembang di laman ‘chatroom’ sendiri. Kami akan terus hubungi anda setelah mendaftar.

Pihak kami juga mengalu-alukan pandangan dan cadangan dari anda bagi memastikan kelancaran kelab ini.

Sampai di sini sahaja. Teruskan menyokong kami serta nantikan aktiviti yang bakal dianjurkan oleh kami dalam masa yang terdekat.

Salam mesra, terima kasih

loading...